Pengumuman

ANUGERAH INOVASI DAN KECEMERLANGAN 2019

SYARAT UMUM

ANUGERAH INOVASI DAN KECEMERLANGAN 2019

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

PENDAHULUAN

Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan 2019 Jabatan Penerangan Malaysia diadakan bersempena sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan 2019 Jabatan Penerangan Malaysia. Anugerah terbahagi kepada dua iaitu Individu dan Kumpulan.

a) Anugerah Individu

  1. Anugerah Aktivis Media Sosial Terbaik
  2. Anugerah Pelapor Isu Terbaik
  3. Anugerah Pegawai Perhubungan Awam Terbaik
  4. Anugerah Penolong Pegawai Perhubungan Awam Terbaik

b) Anugerah Kumpulan 

  1. Anugerah Inisiatif Inovasi Terbaik
  2. Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik
  3. Anugerah Pengendali Media Sosial Facebook Terbaik

HADIAH PERTANDINGAN 

Anugerah Inovasi Kategori Berkumpulan

  • Wang Tunai : RM 5,000.00
  • Hadiah Iringan : Sijil dan Trofi

Anugerah Inovasi Kategori Individu

  • Wang Tunai : RM 1,000.00
  • Hadiah Iringan : Sijil dan Trofi

 SYARAT UMUM 

  • Pencalonan bagi anugerah adalah terbuka kepada semua warga Jabatan Penerangan Malaysia yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun. Setiap penyertaan perlu menggunakan borang berasingan.
  • Setiap Negeri/Bahagian boleh menghantar lebih daripada satu pencalonan kecuali bagi kategori Anugerah Pengurusan Pejabat Terbaik dan Anugerah Pengendali Media Sosial Facebook Terbaik yang mengehadkan hanya SATU pencalonan untuk mewakili mana-mana pejabat di Ibu Pejabat, Jabatan Penerangan Negeri atau Pejabat Penerangan Daerah.
  • Pegawai/kakitangan yang pernah dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh satu tahun dari tahun semasa tidak layak menyertai pertandingan ini.
  • Tempoh penilaian kriteria bagi kesemua anugerah adalah melalui pencapaian bagi kategori masing-masing mulai 1 September 2018 hingga 31 Ogos 2019.
  • Penyertaan yang melepasi tarikh tutup dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemenang Anugerah akan diumumkan di upacara sambutan Hari Inovasi dan Kecemerlangan 2019 Jabatan Penerangan Malaysia.
  • Pihak Jawatankuasa Induk berhak mengumumkan bahawa tiada calon yang layak diumumkan sebagai pemenang sekiranya didapati tiada calon yang memenuhi kriteria.
  • Tarikh tutup penyertaan dan penghantaran borang untuk adalah pada 25 Oktober 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang.
  • Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD.

 PROSES PENILAIAN 

Penilaian dan pemilihan adalah dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

  • Borang dan dokumen sokongan hendaklah diterima oleh pihak Urus Setia Anugerah Inovasi dan Kecemerlangan 2019 Jabatan Penerangan Malaysia sebelum atau pada 25 Oktober 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang.
  • Hanya penyertaan yang memenuhi syarat pertandingan sahaja akan diserahkan kepada panel-panel penilai yang dilantik untuk dibuat penilaian.
  • Penilaian dan pemarkahan akan dilaksanakan berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam setiap anugerah yang dipertandingkan.
  • Keputusan Panel Penilai akan diangkat kepada Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia untuk kelulusan dan pengesahan.

Cetak Emel